Ads

Tentang KBLCK

Kelab Belia 135LC Kluang adalah sebuah kelab belia di daerah Kluang yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul pemilik-pemilik motosikal Yamaha 135LC di daerah Kluang. Perancangan penubuhan kelab ini telah di rancang sejak dari awal tahun 2010 tetapi kelab ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 12 Mac 2011. Antara program-program yang akan dilaksanakan adalah program-program konvoi,program amal dan banyak lagi. 

Slogan Rasmi KBLCK
Berhemah . Berdisiplin . Bermaruah

Objektif 

  • Mewujudkan satu organisasi permotoran yang terancang
  • Mendorong ahli melakukan aktiviti permotoran yang sihat 
  • Memupuk kesedaran ke dalam diri ahli daripada terjebak dengan gejala rempit
  • Melahirkan generasi belia yang menyumbang kepada masyarakat
  • Mengubah tanggapan masyarakat bahawa bukan semua penunggang belia bermotosikal adalah mat rempit